top of page
shake-hands-with-someone.jpg

TOGETHER, WE ARE STRONGER

PERMOHONAN UNTUK MENJADI STOKIS/AGEN JUALAN PRODUK 

SYARAT-SYARAT AM Kontrak Perjanjian Stokis/Ejen Jualan Syarikat D Shamz Resources Sdn. Bhd. :

​Syarikat D Shamz Resources Sdn. Bhd.  berhak untuk menerima atau menolak sebarang  permohonan untuk menjadi stokis/agen ini daripada mana-mana syarikat atau individu berdasarkan pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak syarikat.

Pemohonan yang telah disahkan akan dibenarkan untuk mengedar produk jualan D Shamz Skincare dan Aura D Raja secara rasmi mengikut medium pemasaran tersendiri. Pemasaran boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk iaitu melalui jualan atas talian (online)  atau jualan langsung dengan kos pemasaran atau penerbitan bahan cetak yang dibuat sendiri, ditanggung sepenuhnya oleh pihak stokis atau ejen jualan.

Kepada semua stokis yang berdaftar dengan syarikat D Shamz Resources Sdn Bhd tidak boleh menurunkan atau menaikkan harga sesuka hati. Potongan harga promosi boleh diberikan setelah menerima makluman daripada HQ. Harga  jualan runcit mesti selaras dengan harga pasaran semasa sebagaimana berikut:

  1. Minuman Botani Aura D Raja                           : RM 189.00

  2. D Shamz 4 in 1 Beauty Set                                : RM 150.00

  3. Aura D Raja White Coffee Plus Vitamin C       : RM 55.00

  4. Aura D Raja Susu Kambing Coklat Hazelnut  : RM 59.90

  5. Aura D Raja Susu Kambing Asli                        : RM 69.00

  6. D Shamz Fabulous Soap                                   : RM 59.90

  7. D Shamz Fantastic Active Serum                      : RM 69.90

  8. D Shamz Night Amazing Cream                       : RM 23.00

  9. D Shamz Superb Day Cream                            : RM 22.00

Setiap stokis yang berdaftar mesti mengikut sistem yang telah ditetapkan oleh pihak D Shamz Resources Sdn. Bhd.. Hanya stokis Negeri  yang boleh membuat pembelian barangan dengan HQ, manakala stokis daerah perlulah membuat segala pembelian barangan melalui stokis negeri  masing-masing terlebih dahulu.


Ejen jualan bagi pakej Premium, Profesional dan Perintis pula akan membuat pembelian dengan stokis daerah terlebih dahulu. Pihak kami di HQ tidak akan melayan sebarang permintaan daripada stokis yang berdaftar dibawah stokis daerah untuk membuat tempahan produk sebelum terlebih dahulu merujuk kepada stokis mereka.

Pembelian langsung oleh wakil stokis di HQ atau mana-mana stokis  Aura D Raja hendaklah dilakukan secara TUNAI sahaja kecuali mendapat persetujuan untuk menangguh bayaran berdasarkan pertimbangan yang sewajarnya oleh Pihak kami atau Stokis .

Mengikut syarat perlantikan stokis baru, pihak Aura D Raja akan mengenakan syarat pembelian awal produk kepada semua stokis baru dengan kadar pembelian awal minima RM10,000 untuk stokis daerah dan 50,000 untuk stokis negeri .


Bagi ejen jualan pula pihak ejen perlulah membuat pembelian sekurang-kurangnya RM1500 (pakej profesional). Stokis dan ejen  perlu membuat pembelian dengan jumlah yang sama bagi setiap bulan.

Sekiranya stokis atau ejen gagal untuk membuat pembelian barang daripada Aura D Raja atau wakilnya melebihi 30 hari daripada tarikh akhir pembelian tanpa ada sebarang notis, maka pihak D Shamz Aura D Raja akan memberikan peringatan pertama melalui talian dan email, sekiranya setelah 15 hari dari tarikh surat peringatan dikeluarkan, stokis masih gagal untuk membeli produk daripada kami, maka kelayakan stokis akan ditukar serta merta kepada ahli D Shamz Aura D Raja sahaja dan mereka diminta untuk membuat permohonan semula sekiranya ingin menjadi stokis.

Setiap pembelian barangan adalah dilakukan secara TUNAI sahaja. Produk akan dihantar setelah pembayaran produk termasuk kos pos disahkan masuk ke dalam akaun Syarikat D Shamz Resources Sdn. Bhd. atau Wakil Stokis kami. Slip penghantaran pos perlu dimaklumkan kepada Stokis untuk dijadikan rujukan.

Pihak Aura D Raja atau wakil Stokis kami akan bertanggungjawab terhadap penghantaran produk sekiranya berlaku kerosakan.

Pihak stokis tidak dibenarkan untuk memanipulasi harga jualan yang telah ditetapkan bagi setiap produk sebelum mendapat persetujuan daripada pihak D Shamz Resources Sdn. Bhd.

Semua stokis perlulah mengisi Borang Permohonan Stokis dan menyerahkan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk tujuan dokumentasi. Antara dokumen-dokumen yang diperlukan:

a.    Salinan Fotokopi Kad Pengenalan Pemohon

b.    Salinan Fotokopi Sijil Pendaftaran Syarikat (Sekiranya ada).

Stokis Negeri, Stokis Daerah atau mana-mana ejen jualan tidak boleh meletakkan dan membenarkan produk kami berada di mana-mana toko jamu, pasar raya, pasar malam, mana-mana syarikat  atau orang persendirian yang tidak berdaftar sebagai stokis untuk tujuan penjualan barangan D Shamz Resources Sdn. Bhd. Sekiranya pihak kami dapat mengesan mana-mana stokis atau ejen jualan yang bertindak sedemikian, pihak kami berhak untuk mengenakan tindakan kepada stokis atau ejen jualan atau kelayakan stokis digugurkan.

Semua stokis bertanggungjawab terhadap maklumat produk yang disampaikan kepada para pelanggan. Sebarang bentuk pemalsuan fakta atau penyelewengan maklumat yang dibuat akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak stokis.

Pihak D Shamz Aura D Raja tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan mahkamah yang dikenakan ke atas wakil stokisnya sekiranya berlaku salah laku atas kecuaian, kelalaian atau sebarang tindakan wakil stokis yang bertentangan dengan undang-undang samada melibatkan kesalahan individu atau syarikat perniagaannya.

Semua pembelian barangan daripada Aura D Raja adalah MUKTAMAD dan tidak boleh dikembalikan kecuali berlakunya kerosakan disebabkan oleh kecuaian pihak kami.

Jika anda bersetuju dengan semua syarat-syarat di atas sila hubungi pihak syarikat untuk kami mengatur perjumpaan dengan pihak anda pada waktu yang bersesuaian dengan anda.

Sekian, terima kasih.

Permohonan Stokis/Agen: Services

D SHAMZ RESOURCES SDN. BHD.

Follow

  • Facebook

Contact

D Shamz Careline : 09-719 9983 / 014-517 3791 (Call/mesej/wassap)

Address

PT 802, Atas Jalan Baru, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan.

bottom of page